الله أكبر

Termenungku sendiri.

.menanti sesuatu yang tidak pasti..

kemana harus ku cari …

KEBAHAGIAAN yang kekal abadi..










Selasa, 22 Mei 2012

Bismillahhirrohmanirrohim,...





 Subhannallah...sudah lama ana tidak bercoret apa2 di dalam blog ini..kini ana dah hampir memasuki sem 3 di PICOMS...pusrawi international collage of medical sciences....Alhamdulillah.../
Sepanjang hidup yang ana lalui di KL bandar besar tu..macam2...kalau tidak kuat iman nya boleh berlayar ke tempat atau ke arah yang tidak disedari..NAU'ZUBILLAH...

Haa..sahabat2 apakhabar semuanya..ana doakan semua ummat Islam di muka bumi Allah ini sihat selalu hendaknya dan sentiasa di bawah rahmatNYA..

Ana ada nak berkongsi cerita sedikt...tentang BILA ZINA MENJADI BUDAYA...alhamdulillah ana dah pun baca buku tersebut hasil karya Mohd Syamil bin Mohd Yusuff dan Nur Amirah bt Hj Ali atau nama penanya Adriana Balqis...cantik namatukan....buku ini terbitan Syarikat MUST READ sdn bhd...Subhanaallah..sangat bermanfaat isinya dan sesuai untk remaja  di seluruh dunia dan juga ana sendiri untuk mendapat ikhtibar...

SERONOK KER BERZINA????...ana pernah menyoal kepada insan yang pernah melakukannya...ini dialog ana dengannya,,,,

Ana : Soalan selepas memberi salam...ya ukhti boleh ana tanyakan sesuatu pada enti??
ABC (bukan nama sebenar) :: ya boleh silakan.
Ana : Sebelum enti melakukan zina ..apakah yang membuak2 di hati enti??
ABC : itu semua nafsu...saya rasa macam2la..rasa bak sangat sebab tak sabar2...sebab rakan2 lain kata sedapla hilang tension...

Ana : Hilang tension?/ Allah kan ada..?? Bacala Al-Quran kenapa perlu Zina??
ABC : First saya nak try tu..si dia yang mula ajak2 ayam,...saya malu2 lagi sebab saya tak biasa..lama2 kami try  buat ringan2..lama2 mula la sederhana dan akhirnya kami terlanjur..nasib baik saya tak mengandung...banyak kali jugak kami terlanjur...tapi sya tak pernah sedar...tapi hati inagt Tuhan cuma hasutan syaitan lebih kuat sebab iman saya tak kukuh...

Ana : Apa yang enti buat selepas dapat kesedaran tu??
ABC:  Pada suatu hari tu...lepas tersedar dari tidur dengan keadaan yang tak berbaju..saya terus menangis kerana malu dengan Allah..apa yang saya buat ni..saya segera lari dari tempat itu dan pulang ke rumah dan bertaubat meminta ke ampunan pada Allah...

KESIMPULAN yang ABC buat ialah...tolong la semua jangan dekati ZINA..dunia kita dah hampir kepenhujungnya...adakah kita tahu bila kita akan mati...takutnya MATI..kubur sempit...gelap...tak ada udara yang banyak cuba bayangkan kalau kita duk dalam kubur masa hidup ni 5 minit ja...apa kita rasa ...jgn cakap besar...jgn belagak...banyaklah berzikir pada Allah dan bertaubatlah semua sementara pintu taubat masih terbuka>>>....
 I'M OK WITHOUT ZINA....

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-ISRAA'::32,

"Dan Janganlah kamu mendekati Zina .Sesungguhya Zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk ."













Jumaat, 30 Disember 2011


Selamat Kembali ke Medan Peperangan..
Duhai sahabatku..
Selamat menempuh hari mendatang,,..
Semoga Hari ini lbih baik dari semalam..
Dan,….
Esok lebih baik daripada Hari ini…
Selmat Tahun baharu buat semua…

Khamis, 27 Oktober 2011

alhamdulilah..sekarang ana dah bergelar mahasiswi...
di PICOMS..pusrawi international collage of medical science..
macam2 tawaran yang ana dapat...poli.ipta,ipts..tpi  mungkin jodoh ana di sini..maksud ana 
jodoh belajar ana di sini..Disini ana ambil jurusan sains perubatan,..
InsyaALLAH dengan doa semua dan kekuatan yang ada pada 
diri ana ni..ana nak jadi seorang doktor...tak kisah la doktor apa pun..hihi..

Dulu masa kat teknik taiping ana ambil kos pengurusan perniagaan..
konon nak jadi bussiness women la..
tpi mungkin ana masih belum bersedia nak
jadi bussiness women tu..so
blajar la pulak bahagian ni kan..
" MEDICAL SCIENCE"
bestkan bunyi dia..
tapi ada cabarannya,,memang lumrah dalam hidup ni
kalau menuntut ilmu tak kiralah ilmu apapun mesti banyak cabarannya...
WAH3,,panjang pulak berceloteh..
tpi bukan selalukan..hehe..

Disini..ana cuma nak kongsikan pengalaman ana belajar di sini,..itu ja
ana harap muslimin dan muslimat yang masih menuntut 
ilmu teruskanlah walaupun susah,payah,pahit,kelat..
tak apa semua itu anugerah yang ALLAH nak bagi 
pada kita..bukan semua dapat rasa 
apa yang kita rasakan..
tapi apa yang penting bila dah berada 
di MENARA GADING ni
kita kena kuatkan semangat kita..mengharung dunia yang penuh dengan
pancaroba ni..walauapapun kita perlu bersedia.ok..!!
LASTLY...ana nak bagitau...
kita kena ingat MISI kita sambung belajar..
ingat mak dan ayah..
jangan lupa ALLAH paling utama..
InsyaALLAH kejayaan 
PASTI akan jadi MILIK KITA>> :)


Selasa, 13 September 2011



Housemate di picoms...
casa idaman kamoung batu sentul...
salam ukhuwah..


ika,ira,yaya...
friendship forever..
insyaALLAH..


Nadzirah and Nadia


ira and yaya teman seperjuangan..
aminn...


kami berganding mencari ilmu...
menuntut fardhu kifayah..
untuk mendapat REDHA Allah..


our memory..
ika and ira...

Rabu, 1 Jun 2011

```

mengapa??kenapa???sanggup berbuat bergini??
SUBHANALLAH..


manusia iblis :...
kejam sungguh manusia ini..tiada hati perut langsung...
walaupun dia selamat d dunia...tpi dia tetap tak akan 
tenang hidup d muka bumi ini...d akhirat kelak Wallahhua'lam..
saudara saudari sekalian....
sedarlah...bangunlah kita..ayuh
jauhi maksiat...jauhi perkara mungkar dan 
kejam seperti ini....
sayangilah kanak2..kerana mreka ibarat kain putih..
kita..kita..kitalah
yang perlu mencorakkan warna yang indah buat mereka...
fikirlah sebelum melakukan sesuatu...
Allah itu Maha Adil..sesungguhnya setiap perkara
yang kita lakukan akan d balas setimpal..
jika pkra baik yang d lakukan..
Allah juga akan mmberi atau mmbalas yang baik
buat kita..jika jahat yg d lakukan...
yang tidak baik jugalah akan d timpalkan..
renung-renungkanlah...


                 
       JAUHILAH PERKARA INI.                            .SAYANGILAH KANAK2...





Untukmu yang bergelar Muslimah...

Semoga Hijab Menjadi pakaian mu...
Semoga Kesucian Menjadi Amalan mu...
Semoga Kesopanan Menjadi Perhiasan mu....
Semoga Syurga Menjadi tempatmu.....




MARAH....dan DENDAM...
tidak membawa kemana....
sabar dan redha kunci rahsia        
 buat membuka 
pintu kekuatan hati sebenar... 





Jumaat, 20 Mei 2011

AKHLAK KITA CERMIN KITA....

Akhlak yang baik mencerminkan keperibadian kita sebagai MUSLIMAH...
Malah itu juga syaratnya untuk menjadi seorang Islam yang dihormati selaras dengan tuntutan agama..

Pergaulan yang baik adalah dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur,tolong menolong dan bantu-membantu serta tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti  berbuat khianat , merompak,menipu dan seumpamanya...

Rasullulah bersabda yang bermaksud :

"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang di haramkanke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya),hati tenang, berlemah lembut serta mudah di bawa berunding ".

---- RIWAYAT AT-TARMIZI ----



tabiat manusia sememangnya berhubung rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya.Jika baik Akhlak seseorang ,maka dia akan selamat sebaliknya.Baik buruknya seseorang terletak pada sejauh mana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya,selain penilaian yang di hitung....